Categorized | Soal Jawab

Istiqamah Dan Menyeru Kebaikan

soalan

Soalan 1 :

Soalan nora buat saya akan saya jawab disini kerana jawapan yang nak diberikan agak panjang..Untuk memulakan penulisan untuk tajuk kali ni, amat berat dek kerana saya bukanlah orang yang sesuai. Terlalu banyak kesilapan diri. Minta Allah jauhkan daripada berulang, minta Allah kuatkan diri untuk istiqamah. Semoga dengan penulisan ni, membantu saya dan pembaca untuk menjadi hamba Allah yang taat insyaAllah.

Seringkali, seseorang yang ada secebis keimanan dalam dirinya akan merasa bersalah jika dia melakukan kesalahan ataupun dosa. Itulah tanda keimanan. Bersyukurlah jika ada perasaan bersalah itu walaupun kita masih melakukan dosa itu. Moga-moga dengan kesyukuran itu, hati kita tertarik untuk bertaubat. Jika nikmat Allah itu kita tidak syukuri dengan memuji Pemberi nikmat, kepada siapa lagii kita harus memuji?

Tanda keimanan seseorang juga ialah, bertaubat selepas melakukan kesalahan. Seringkali keimanan itu mendorong seseorang merasa bersalah tatkala melakukan kesalahan lalu menyesal dan memohon keampunan. Namun, ujian di dunia ini, nafsu, sering mendorong manusia yang lemah atau yang mahu menjadi lemah kembali kepada dosa selepas bertaubat. Keimanan yang secebis seringkali bertanya, bagaimanakah aku ingin istiqamah? Bagaimanakah aku ingin berterusan dalam kebaikan? Ada juga yang hanyut sedikit demi sedikit dalam dosa kerana merasa malu kepada Allah dek dosanya lalu tidak bertaubat lagi kerana berputus asa. Ingatlah, berputus asa itu bukan amalan muslim. Segeralah bertaubat setiap kali melakukan dosa, walaupun sekerap apa pun dosa kita berulang dan carilah penyelesaian!

Istqamah dalam perjuangan
Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.

“Maka, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul sebagaimana yang di perintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang bertaubat mengikutmu berbuat demikian ; dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” [Surah Hud 11:112]

Istiqamah hanya hadir pada jiwa yg benar2 berkeinginan.
berkeinginan terus utk mngenal tuhan.
ibadah tanpa roh adalah ibadah yg tandus utk terus-mengenal mngenal tuhan,

permulaan agama adalah makrifatullah,
makrifatullah bukanlah pengetahuan mngenai sifat2 yg bersifat kalamiyah shj,

tapi adalah “perasaan” utk mengenal Allah.
dan perasaan ini akan menghidupkan jiwa istiqamah dalam diri ,insyaallah.

perasann utk mngenal Allah bukan hanya mempelajari sifat2 Allah yg 20 ataupun 13. tetapi boleh didapati dengan 2 lg cara iaitu secara melihat “kauniah” dan “takwiniah” atau penciptaan atau proses penciptaan makhluk Allah. Di situ, secara tidak langsung akan mngembalikan kita kpd Allah subhanahuwataala insyaAllah.

Mengkaji melahirkan minat, minat melahirkan kesungguhan, kesungguhan menzahirkan istiqamah…insyaAllah.

Istiqamah dalam ibadah hanya dpt terhasil jika jiwa itu terus berkeinginan.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda apabila di tanya oleh seorang sahabat mengenai amalan-amalan yang di sukai Allah dalam sebuah hadis sohih yang bermaksud ; “Amalan yang berterusan walaupun sedikit” (H.R Bukhari)

Hassan An-Nuri berkata: “Ternyata kesalahanku adalah bahawa hati dan hawa nafsuku bersatu. Bila hati dan hawa nafsu berpadu, celakalah! Kerana jika ada sesuatu yang menyinari hati maka, hawa nafsu akan menyerap sebahagian daripadanya. Sedarlah aku bahawa hal inilah yang menjadi sumber dilema yang kuhadapi selama ini. Segala sesuatu yang datang dari hadrat Allah ke dalam hatiku, sebahagian diserap oleh hawa nafsuku.

Sejak saat itu, segala perbuatan yang diperkenankan oleh hawa nafsuku tidak kulakukan. Yang aku lakukan adalah hal-hal lain yang tak disukainya. Misalnya, apabila nafsuku berkenan jika aku solat, berpuasa, bersedekah, menyendiri, atau bergaul dengan sahabat-sahabatku, maka aku lakukan hal yang sebaliknya. Akhirnya segala hal yang diperkenankan hawa nafsuku dapat kubuang dan rahsia-rahsia mistik mulai terbuka dalam diriku.”

Apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh An-Nuri ini? Apakah jalan baginya dalam bermujahadah melawan nafsu?

Caranya?

Kalau nafsunya ingin bersolat, maka dia akan diam dan berzikir, kerana mungkin nafsunya ingin bersolat atas sebab “dusta” seperti riak, menunjuk-nunjuk, dan ujub kepada diri sendiri – atau mungkin sebab, dia berasa ‘bosan’ untuk berzikir, maka dia ingin solat.

Contohnya : Saya akui, selama ini saya melakukan satu-satu ibadah, adalah sebab perkenan nafsu. Kalau rajin, saya solat puluhan rakaat, kalau malas, saya solat dua rakaat sahaja. Kalau malas solat sunat, saya gantikan dengan mengaji. Malas berpuasa, saya bersedekah.

(sebab itu saya tidak pernah istiqamah, sebab selalu menurut nafsu dalam ibadah)

Tetapi, kalau lihat dari perspektif yang positif – saya istiqamah jugak, istiqamah dalam mempelbagaikan amalan.

So, saya harap agar anda dapat ambil iktibar dari apa yang saya katakan di sini. Jangan biarkan nafsu menguasai ibadah kalian.

Saya akan senaraikan beberapa cara untuk mendapatkan istiqamah berterusan yang saya rasakan ia cara yang terbaik untuk dicuba. Tidak salah mencuba, kan? Cara ini mungkin sesuai dengan anda, mungkin juga tidak. Pun begitu, mencuba untuk kebaikan itu lebih baik daripada mati tidak mencuba dalam keburukan.

1. Perlu ada kesedaran atas apa yang hendak di lakukan. Contoh, kalau selama ini selalu tinggal solat 5 waktu, perlu ada kesedaran tentang kewajipan solat. Kalau tiada kesedaran langsung, memang susah nak di selamatkan. Ibarat aku nak kawan aku masak, tetapi dalam masa dia sedang tidur mati. Maka perkara pertama yang perlu aku buat adalah kejut dia dari tidur. Mana boleh orang tidur memasak. Dalam mimpi boleh lah.

2. Kemudian, kalau ada kesedaran tetapi tiada tindakan pun tak guna juga. Kena lakukan tindakan dan pastikan tindakan tersebut benar-benar ikhlas kerana Allah dan buat dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar hangat-hangat tahi kucing. Uhuk uhuk

3. Yakin dengan ganjaran dan balasan atas setiap apa yang di lakukan. Hatta perkara kecil sekalipun.

Firman Allah : “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata : “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham) : “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” [Surah Fussilat 41:30]

4. Sentiasa bersederhana, jangan terlalu gopoh-gopoh sangat dengan amalan atau kerja yang nak di lakukan, dan jangan pula terlalu “slow” sangat. “Slow” di sini aku maksudkan bila nak disuruh, baru nak buat. Buat dengan sederhana, steady and cool. Woha!

5. Jangan lupa pula untuk beransur-ansur tinggalkan perkara yang sia-sia atau lagho dan maksiat. Aku tahu, sejujurnya aku sendiri tidak mampu untuk meninggalkan secara terus, tetapi kena buat secara beransur-ansur. Bukannya minggu ni tinggalkan maksiat sekaligus, lepas tu minggu depan buat balik.

6. Jaga Solat

Solat mempunyai kuasa yang sangat hebat untuk diri muslim. Solat merupakan kawalan nafsu yang sentiasa mengajak kepada dosa. Ia merupakan formula terbaik untuk ISTIQAMAH. Sebab itulah dibacakan dalam solat surah al-Fatihah. Dalam surah al-Fatihah terdapat satu doa yang hebat. Ihdinassirotolmustaqim. Tunjukilah kami atau hidayahkan kami ke jalan yang lurus. Jalan yang lurus ini ialah istiqamah.

Itu satu cara solat memastikan kita istiqamah. Cara lain pula, bagi lelaki haruslah solat berjemaah, lebih baik di masjid dan bagi perempuan solat di awal waktu. Bagi lelaki, jika bersolat di masjid secara automatiknya sudah melakukan solat di awal waktu. Solat di awal waktu sangat mendisiplinkan diri. Bagaimana ia mendisiplinkan diri? Persoalan ini saya akan hurai di akhir nanti.

Bagi kaum lelaki, eloklah bersolat jemaah sekurang-kurangnya tiga kali sehari sebagai permulaan. Pastikan solat Subuh walaubagaimana sekalipun, kita solat di masjid. Solat subuh merupakan solat yang sangat sukar bagi lelaki untuk dilakukan di masjid dek kerana nafsu tidur yang mengalahkan iman seseorang. Jika seseorang dapat istiqamah solat subuh di Masjid, insyaAllah dia akan istiqamah melawan nafsunya daripada dosa.

7. Tidur di Awal Waktu
Kenapa perlu tidur di awal waktu? Seperti yang dinyatakan dalam hadis yang berbagai, kebanyakan orang di zaman Rasulullah tidur sejurus selepas menunaikan solat isyak. Perkara ini mungkin sukar diamalkan terutamanya bagi pelajar yang masih menuntut. Bagi mereka, waktu malam ialah waktu untuk mengulangkaji pelajaran atau bagi mereka yang bergerak dalam gerak kerja Islam, waktu malam adalah waktu untuk bermesyuarat, untuk berforum dan waktu selepas itu iaitu tengah malam adalah untuk mengulangkaji pelajaran. Memang sukar.

Persoalan saya, solat subuh atau ulangkaji yang lebih penting dan lebih diutamakan?
Saya mencadangkan satu jadual malam di sini untuk tatapan semua :

7.00-7.30 : Solat Maghrib berjemaah
7.30-8.00 : Makan Malam
8.00-Isyak : Rehat (elok bereha selepas makan supaya pencernaan lancar)
8.30 : Solat Isyak berjemaah
9.00 : Program Islami atau gerak kerja dakwah atau sebagainya
12.00 : Ulangkaji pelajaran
1.30 : Tidur
5.30 : Bangun, Mandi, Tahajjud 2 Rakaat, Witir 1
5.45 : Solat Subuh Berjemaah
6.00 : Ulangkaji
8.00 : Pergi Kelas

Bila baca, mungkin anda akan kata, tidur 4 jam sahaja? Ya, tidur 4 jam sahaja. Rujuk di sini. Mungkin susah bagi sesetengah orang untuk mengamalkan cara tidur sebegini tapi insyaAllah dengan keinginan yang tinggi kita berjaya. Berwudhuklah sebelum tidur, dapatkan tidur yang berkualiti, berdoa sebelum tidur.

8. Doa
Inilah senjata seorang yang mengaku beriman. Sebagai manusia, nafsu merupakan musuh yang paling bahaya. Ini tidak dapat dinafikan. Maka, lawanlah ia dengan senjata kita. Pastikan anda berdoa supaya istiqamah pada setiap waktu solat. Jika terlupa, qada. Kerana sekali anda terlupa berdoa, mungkin kali itu juga anda akan lupa bahawa waktu itu anda sedang melawan nafsu, lalu anda mengikut hawa nafsu.

Bagaimana doa bertindak membantu kita dalam segala hal?

Bagi saya yang sukakan logik, saya selalu berpendapat bahawa segala yang Allah lakukan, Dia lakukan melalui sesautu penyebab. Contohnya, Allah memakbulkan doa. Bagaimana Allah memakbulkan doa? Bagi saya, secara logiknya, Allah memakbulkan doa dengan kesungguhan hati kita. Doa bagi saya sebagai motivasi. Sebab itulah doa perlu dibuat secara bersungguh-sungguh.

Sebagai contohnya, seseorang berdoa untuk istiqamah dalam bertaubat, bermakna dia ingin istiqamah bertaubat. Adakah kehendaknya tinggi untuk istiqamah? Jika ya, doa yang dipohonnya kepada Allah secara bersungguh-sungguh. Dengan kesungguhan dia, dia berdoa secara bersungguh-sungguh dan mencuba untuk istiqamah secara bersungguh-sungguh, lalu jadilah taubatnya bersungguh-sungguh dan istiqamah. Doa yang dilakukannya berterusan kerana keinginannya berterusan untuk istiqamah bertaubat. Lalu, dia istiqamah bertaubat.

Jika tidak, seseorang akan berdoa sambil lewa dan akan bertaubat juga sambil lewa sebagaimana ketidaksungguhannya berdoa. Lalu, dia mengulangi dosa.

Seseorang yang ingin bertaubat tetapi mengulanginya, bagi saya tidak lain melainkan taubatnya itu hipokrit, tidak bersungguh-sungguh termasuklah jika orang itu diri saya sendiri.

9. Kerapkan Solat-solat Sunat
Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, solat mendisiplinkan seseorang. Di sini saya akan menjawab, bagaimana ia terjadi. Solat akan mendisiplinkan seseorang terutamanya jika dilakukan tepat pada waktu. Ia seperti jadual waktu kita di sekolah, di universiti, di tempat kerja. Kita perlu tiba ke kelas tepat atau terlambat sedikit sahaja ke kelas. Untuk menepati waktu ini bukan suatu perkara yang mudah, tetapi jika dapat dilakukan, ia akan mendisiplinkan diri kita, terutamanya untuk istiqamah.

Untuk memastikan kita istiqamah, kita perlu menambahkan solat-solat sunat sebagai tambahan kepada yang fardhu. Ini kerana, terdapa rung waktu kosong antara dua solat fardhu. Dalam waktu itu, seseorang boleh terleka dengan nafsu.

Contoh :
Abu pulang ke masjid selepas solat Subuh berjemaah di masjid. Pada hari itu, Abu cuti. Pada pukul 8.30 kawan Abu datang berbual-bual. Setelah beberapa minit berbual, perbualan mula mengarah kepada bercakap tentang seseorang (mengumpat). Abu yang teringat akan waktu itu adalah waktu dhuha lalu dia mengajak kawannya untuk melakukan dua rakaat solat dhuha bersama. Dia terhindar daripada mengumpat dengan solat. Selepas solat, pada pandangan anda, adakah Abu atau kawannya akan menyambung umpatan mereka? Tentu sekali tidak, kan?

10. Mengingati Allah (Zikrullah)
Kerap kali saya mendengar ustaz-ustaz bila berbicara tentang zikrullah, mereka hanya bercakap tentang ayat-ayat zikir seperti lailahaillallah, subhanallah dan sebagainya tanpa menghuraikan bagaimana ia berfungsi dalam menjauhkan manusia daripada dosa. Bagi saya, bila membaca ayat-ayat zikir itu tidak semestinya seseorang itu mencapai keadaan sedang mengingati Allah. Tidak dinafikan kesemua ayat-ayat zikir itu mendatangkan pahala kepada pembacanya. Namun, perlu difahami bahawa zikrullah itu bukanlah sekadar sebutan di mulut sahaja. Sebutan ayat-ayat tadi ialah sebagai uslub atau cara atau kaedah mencapai zikrullah atau untuk mengingati Allah.

Selalu kedengaran ustaz-ustaz sebutkan, “Kita digalakkan zikrullah setiap masa.”.
Bagi yang tidak memahami, tertanya-tanya, bagai mana zikrullah di dalam tandas? Menyebut nama Allah di dalam tandas?

Perlulah difahami bahawa zikrullah itu bukanlah apa yang disebutkan di mulut, tetapi apa yang ada di dalam jiwa. Mengingati Allah sentiasa melihat hamba-Nya. Sesungguhnya jika kita sentiasa mengingati bahawa Allah sentiasa bersama kita, cukuplah Allah sebagai pengawal kita daripada dosa. Tidak perlu lagi kepada polis atau sesiapa. Inilah zikrullah sebenar.

11. Mengisi Masa Lapang
Sesungguhnya manusia yang bersendirian itu mudah didorong nafsunya. Kerapkan diri bersama manusia sekeliling daripada berseorangan. Bila berseorangan, kita akan merasakan kita sedang berseorangan lalu berbuat dosa sedangkan kita terlupa Allah mengetahui.

Setiasalah bersama golongan manusia yang baik-baik kerana manusia juga mempunyai sifat syaitan. Bila seseorang manusia yang baik tetapi lemah imannya bersama manusia yang tidak baik, imannya mudah diganggu oleh syaitan manusia yang di sedang depani. Jadi, sentiasalah bersama orang yang baik-baik.

Isi masa lapang dengan kerja-kerja dakwah, menuntut ilmu agama, berbual-bual Islami dan sebagaimya.

12. Berkongsi Kebaikan
Pada zaman ini, tidak jarang kita temui, seorang yang baru berubah dikutuk dihina. Seorang wanita yang dulunya mendedahkan aurat, bertaubat kepada Allah dan ingin istiqamah bertaubat. Dia terjumpa kawan lamanya yang sama keadaan dengannya dulu, mendedahkan aurat. Dia yang saya akan kawannya itu menegur kawannya yang mendedahkan aurat dengan penjelasan yang lembut. Balasannya, tentu sekali dia akan mengatakan, “Ah! Kamu dulu pun sama macam aku juga, tak payah nak jadi ustazah nak berceramah depan aku lah!”. Kata-kata sebegini biasa terjadi. Inilah yang menjadikan seseorang yang baru bertaubat kembali kepada dosa atau tidak mahu menyampaikan kebaikan.

Jangan takut, jangan takut kehilangan kawan, takutlah jika kawan anda di seksa. Mungkin dengan teguran yang diberikan, dia tidak mahu berkawan dengan kita, tetapi dalam fikiran warasnya dia terfikir akan kebenaran teguran kita suatu masa nanti. Siapa tahu, kan?

13. Dan terakhir sekali, berserah seluruh jiwa kepada Allah atau dengan kata lain, Tawakal dengan sentiasa berdoa. Inilah antaranya indahnya Islam, apa-apa perkara yang dibuat, di mulai dengan niat kerana Allah, dan akhiri dengan tawakal kepada Allah.

Insya Allah, semoga Allah kurniakan kepada kita nikmat istiqamah dalam segala amalan kita. Amin

Jika anda dikurniakan nikmat istiqamah ini, saya dapat jamin yang anda akan kegembiraan dengan riang rianya dengan amalan (pastikan yang sahih, jangan sesat pula) yang anda lakukan.

 

* DAKWAH DAN ISLAH ADALAH TANDA CINTA *

Dengan menyampaikan sesuatu, ini menjadikan kita segan untuk melakukan sesuatu yang berlawanan dengan apa yang kita cakap.

 

AKHLAK ialah TABIAT

Akhlak bukanlah sesuatu keadaan yang dibuat-buat tetapi ia sesuatu yang melekat dengan manusia. Sama ada akhlak buruk atau baik. Akhlak ialah tabiat.

Sebagai contoh, Saifullah yang baru bertaubat menjadi lebih baik. Jika sebelum ini, tatkala berjalan, dia selalunya tidak bertegur sapa sesiapa yang berselisih tetapi selepas bertaubat, dia mengubah dirinya, dia menyapa orang yang dia temui dan mengucapkan salam. Apa yang dia lakukan itu bukanlah akhlak tetapi perbuatan. Itu bukan kebiasaannya, bukan apa yang melekat dengan dirinya. Namun, lama kelamaan, tanpa dibuat-buat, secara automatik mulutnya mengucapkan salam kepada orang yang ditemuinya. Nah, itulah akhlak! Itulah tabiat baik.

Memanglah sukar sesuatu kebaikan untuk menjadi kebiasaan yang melekat dengan kita apatah lagi kita sebelum ini sering melakukan dosa seolah-olah dosa itu melekat dengan kita. Namun, waktu memastikan sesuatu kebaikan melekat dengan kita. Lama-kelamaan, kebaikan itu akan melekat dalam diri kita.

Bersabarlah! Bersabarlah! Bersabarlah dalam melakukan kebaikan sebelum ianya menjadi melekat dengan kita. Semoga setelah ia melekat, istiqamahlah kita. Janganlah terus berputus asa sesekali kita tersalah mengulangi keburukan. Terus berusaha! Usaha tangga kejayaan.
Berdoalah! Berdoalah! Berdoalah! Semoga ia menjadi motivasi kepada kita meneruskan taubat dan amalan kebaikan dengan istiqamah.

Perbanyakkan kebaikan! Hapuskan keburukan! InsyaAllah kita mampu.

Firman Allah Taala: Ertinya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. (Surah Yusof ‘ Ayat 87)

Antara halangan untuk kita beristiqamah adalah seperti berikut :
1.Halangan diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat, malu, tahap pencapaian rendah.
2.Halangan orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu berkerjasama.
3.Halangan suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.
4.Halangan wang atau kebendaan.

Apa yang perlu kita buat :
1. Kuatkan azam
2. Berusaha dengan tetap dan bersungguh- sungguh.
3. Tidak patah semangat.
4. Tidak kecewa dan putus asa.
5. Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.
6. Sentiasa berfikir.
7. Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.
8. Bertawakal dan bersyukur.

Hadis 21 dalam hadis 40 imam Nawawi ada sebut dalam soal istiqamah ni….

Daripada Abu `Amru – atau digelar juga Abu `Amrah – Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:

Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Makna Istiqamah :
– perbetulkan aqidah – beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
– (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan – beriltizam. (Fusshilat : 30).

2) Kelebihan Istiqamah :
– diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
– diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
– dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
– didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).

3) Istiqamah di atas Jalan yang Lurus :
– perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepatu syara’ (Hud : 112).
i) Istiqamah Hati :
– sebagai Raja kepada Jasad, Istiqamahnya akan menentukan istiqamah yg lain.
ii) Istiqamah Lidah :
– sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
– sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).

Pengajaran hadis:
(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya,selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.
(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.
(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.
(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.

 

Soalan Ke2 :

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 44 bermaksud: Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

Allah SWT amat membenci orang yang hanya menyuruh orang lain melakukan kebaikan, tetapi dirinya sendiri tidak melakukannya. Sifat seperti ini adalah sifat golongan ahli kitab. Mereka mengetahui kebaikan dan kebenaran Islam, tetapi mereka tidak mahu menerima Islam. Mereka hanya menyuruh orang lain beriman.

Merupakan fitrah seorang manusia untuk melihat insan yang disayanginya untuk sentiasa hidup berbahagia. Apatah lagi insan tersebut merupakan insan yang sangat dekat seperti ibu bapa,adik-beradik dan kaum keluarga.

Bagi orang-orang yang beriman,makna bahagia adalah hidup dalam penuh ketaatan kepada Allah dan akhirnya akan beriring bersama-sama insan tersayangnya menuju syurga. Untuk tujuan itu,kita akan sentiasa berusaha mengajak mereka ke arah kebaikan.

Jika seorang kakak atau abang misalnya, akan berusaha supaya mengajak adik-adiknya supaya taat kepada Allah, baik tingkah laku, menghormati orang tua dan kembali hidup dalam cara hidup dan amal Islam.

Tetapi ada satu kesilapan yang sering kita terlepas pandang termasuk diri saya sendiri berkenaan dengan bersabar dalam mendidik dan mengajak ahli keluarga kita ke arah kebaikan.

Seorang guru saya pernah berkata,

” Kita ini selalu tidak sabar dengan ahli keluarga kita,nak mereka cepat berubah kepada kebaikan kerana kita sayangkan mereka.”

Kesinambungan daripada sikap kita ini menyebabkan kadang-kadang tindakan kita lebih kepada paksaan dan desakan. Terutamanya apabila kita mempunyai lebih pengaruh pada seseorang seperti kuasa seorang abang dan kakak kepada adik-adiknya.

Pernahkah kita membandingkan layanan dan ajakan kita pada kawan-kawan dan adik-beradik kita? Adakah sama? Atau kita lebih ‘garang’ kepada adik-adik kita? Mungkin kerana geram kerana kita mendidik adik orang lain menjadi baik, tetapi adik sendiri buruk perangainya?

Tanpa kita sedari, kadang-kadang dalam memenangi hati orang lain untuk diajak kearah kebaikan, kita akan berusaha untuk memberikan hadiah, menuturkan kata-kata yang lembut dan penuh berhikmah. Tetapi mengapa dengan adik sendiri kita seakan menganggapnya seorang yang sangat berdosa? Sindiran, paksaan serta kata-kata yang kasar hanya akan membuatkan adik kita semakin memberontak dan mungkin akan melarikan diri daripada kita. Akan ada satu perasaan padanya bahawa apa yang dia lakukan buruk dipandangan ahli keluarganya dan dia tidak lagi disayangi.

Untuk merawat kekosongan ini, dia akan mula bercampur dengan kawan-kawan yang kononnya mampu mengisi dan memahami jiwanya. Semakin dinasihati, semakin liat dan manjadi-jadi perangai buruknya. Itu tandanya dia protes dan memberontak.

Jadi, saya ingin mengajak diri dan pembaca sekalian untuk kita kembali kepada metod yang diajar oleh Rasulullah SAW. Mendekati manusia dengan penuh hikmah dan kelembutan. Hati yang keras, hanya boleh dilembutkan dengan kata-kata yang lembut yang datang ikhlas daripada hati bukannya dengan sindiran atau paksaan.

Selain itu, qudwah yang baik, meraikan adik-adik dengan memberi hadiah dan bertanya khabar serta menghargainya akan membuatkan hati mereka seakan terikat dengan kita. Sampai satu tahap, apabila hati sudah terikat, dia akan mudah untuk menerima teguran-teguran kita dan proses untuk membentuknya akan menjadi lebih mudah. InshaAllah.

Adik-beradik dan ahli keluarga kita yang lainnya merupakan manusia biasa yang memerlukan masa untuk berubah dan mempunyai perasaan untuk dihargai. Berikanlah mereka masa dan terus berusaha untuk memenangi hatinya.

Blogger Widgets